EDITING

INTERNET KE LAUT ? INI YANG KAK BED LAKUKAN

12:55



Assalamualaikum

Wah! Lama betul tak update blog Kak Bed ini. Hampir setahun berpindah ke Kelantan, baru 2/3 entri mampu Kak Bed publish kan.

Masalah coverage yang macam biskut memberikan sedikit kesan kerja-kerja untuk update blog. Fesbuk langsung tak bersentuh. Muat naik 1 status pun, loading nya bukan main lama. Maka tahap kemalasan gaban pun menjelma. Terperuk la segala macam media sosial dan blog.

Namun Kak Bed masih ada lappy tersayang. Jadinya sepanjang internet on off tu, Kak Bed banyak menghabiskan masa dengan belajar buat desain-desain sendiri. Kak Bed guna Adobe Photoshop.

Kak Bed belajar buat flyers, banner, kad nama, sticker, logo dan seangkatan dengannya. Mana Kak Bed belajar ? Youtube lah, mana lagi.

Bila dah berjaya siapkan 1 desian tu kan, ya ampun. Seronok sangat.

Ada 2 sebab kenapa seronok sangat.

Sebab 1 : Seronok sebab berjaya siapkan desain walaupun memakan masa berhari-hari untuk siapkan desain pertama.

Sebab 2 : Seronok sebab dapat berjimat. Tak perlu upah designer untuk kerja-kerja simple.

Sebelum ni, masa Kak Bed kerja dulu, Kak Bed selalu upah designer. Nak tukar warna ikon media sosial pun upah designer. paling murah pun RM 20.

Kalau logo, banner semua tu dalam RM 50 paling minimum untuk 1 rekaan. Belum lagi kalau kita nak betulkan itu ini. kena tambah lagi upahnya. bayanglah kena bayar berapa.

Jadinya untuk kegunaan diri sendiri pada Kak Bed yang sekarang ni dah tak bekerja, sangat berbaloi.

Percubaan pertama Kak Bed nak circle kan gambar sendiri. Alhamdulillah menjadi.

GAMBAR ASAL




GAMBAR SELEPAS DI EDIT MENGGUNAKAN PHOTOSHOP



Itu edit gambar sendiri.

Bawah ini Kak Bed tukarkan warna ikon media sosial mengikut warna yang Kak Bed nak untuk di muatnaik ke blog.





WARNA IKON ASAL






WARNA IKON SETELAH DI EDIT
















Ada banyak lagi sebenarnya. Cuma kali ni Kak Bed kongsikan sedikit je dulu.

Dan bagi siapa-siapa yang berminat dengan merekacipta desain, in shaa Allah Kak bed akan kongsikan tutorial mudah secara bertulis bagaimana nak buat macam kat atas ni. Doakan semoga Kak Bed diberikan luang masa untuk bertandang ke CC ( CyberCafe) untuk entri terbaru ya. ( Internet ke laut kan, jadinya cc la tempat tujuan. Nasib seberang jalan je ni ha.)

Oh ya, walaupun kak Bed dah jatuh cinta dengan rekacipta desain, namun cinta asal Kak Bed masih tetap dengan petua-petua kecantikan wajah secara alami. Itu masih!

Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan cantik, Kak Bed suka. Sangat-sangat suka.







You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO