KENANGAN TERINDAH

MESYUARAT PIBG SMK AYER LANAS - PERTAMA KALI JOIN.

20:00



Assalamualaikum,

Nampak macam tak ambil tahu je aktiviti persekolahan anak-anak bila tajuk entri sebegitu. 

Janganlah cepat judge Kak Bed ya. Kasihan 'saiya'. Haha

Sebenarnya sejak tahun 2010, Kak Bed tak tinggal sekali dengan anak-anak. Kak Bed pernah share kejadian yang menimpa arwah puteri kesayangan Kak Bed di LINK INI.

Sejak itu, ma Kak Bed minta untuk jaga cucu-cucu dia. Walau berat hati, Kak Bed relakan juga demi keselamatan mereka berdua.

Selepas pemergian arwah Nuryamni Arissa, tinggallah 2 orang putera yang ketika itu hanya berusia 5 tahun & 3 tahun.

Muhammad Yaumil Asyraf, 5 tahun dan Muhammad Yaumil Adam, 3 .

Siapa yang tak sedih berpisah dengan anak-anak. Hanya Allah yang tahu. Kak Bed biarkan sahaja apa kata orang. Sebab kalau difikirkan kata-kata orang, bukan boleh sara hidup Kak Bed sekeluarga pun.

Pada Kak Bed, orang hanya pandai menilai. Mereka tidak cuba untuk berada di tempat kita. Kak Bed faham sikap sesetengah masyarakat memang begitu. Kak Bed maafkan sahaja. Bukankah kemaafan itu menenangkan jiwa?

Dah melalut ke lain pula. Hihi

Sebenarnya nak cerita mengenai mesyuarat PIBG SMK Ayer Lanas yang diadakan Ahad lepas, 26 Februaru 2017. Anak sulung Kak Bed, Yaumil Asyraf belajar di sini dalam tingkatan 1 Seroja. Dah besar anak ibu!

Pertama kali join mesyuarat PIBG tak sangka meriah sebegini. Sambutan sangat menggalakkan.

Acara bermula seawal 1:30pm dengan sesi pendaftaran ibubapa dan guru. Masa ni ibubapa diberikan tentatif mesyuarat agung PIBG beserta nombor cabutan bertuah yang di klip bersama.

Teringat sharing sahabat Kak Bed mengenai NLP dulu. Bayangkan yang kita naik ambil hadiah, pasti dapat nanti cabutan bertuah tu.

Korang tau tak, sejak dari mula mesyuarat start, Kak Bed asyik set in my mind - " Aku naik pentas. Aku naik pentas. Aku naik pentas." Haha. Sudahnya tak faham sangat pun apa yang dibincangkan. Tapi setiap usul yang di tanya, Kak Bed memang memberikan sokongan.

Paling teruja bila tengok dalam banner ada gambar Dato Mustapha Mohamad sebagai perasmi majlis. Memang beruntung warga Ayer Lanas sebab Tok Pa ( panggilan mesra penduduk di sini pada dato Mustapha Mohamad ) wakil rakyat dun Ayer Lanas merangkap Adun Parlimen Jeli selalu meluangkan masa untuk majlis-majlis dalam kawasan beliau.

Namun, hampa. Sebab Tok Pa kena balik Kuala Lumpur untuk menyambut ketibaan Raja Salman dari Saudi.

Walau apapun, majlis mesyuarat agung PIBG SMK Ayer Lanas berakhir dengan jayanya.

Terharu bila melihat ibubapa yang kelihatan bangga dengan pencapaian anak masing-masing yang diberikan penganugerahan oleh pihak sekolah atas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Mulalah Kak Bed berangan. Hihi

Oh, ya. Kak Bed berjaya dapat cabutan bertuah tu tau. Tak sia-sia dok berNLP. Hehe.

Tak sempat nak snap photo hadiah yang masih berhamoer sebab si kecil Yaumil Adeef dah koyak awal-awal. Dapat 2 biji tupperware. Bukan brand TUPPERWARE tau, cuma tupperware biasa je. Tapi cantiklah.

Korang tau hadiah utama apa?

Wah..Wah. Wah. Mesin basuh semi-auto tau!

Kak Bed hanya bertuah untuk tupperware sahaja. Dapur gas pun tak dapat. Salah NLP barangkali. Nak NLP kan mesin basuh tu takut impian tinggal impian. Tu yang tak berani tu. Haha

Jadilah daripada tak ada kan? 

Kak Bed bukanlah pakar snap gambar, tapi tetap nak belanja gambar-gambar juga.

Ini versi dah zoom. Tapi apakan daya, phone outdated la katakan. Nampak tok Pa tak? Hihi


Tentatif Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Lanas beserta nombor bertuah.



Belakang dapur gas Milux tu la mesin basuh semi auto.


Banyak betul hadiah cabutan bertuah. Basikal pun ada! Kipas tu bukan ya. Haha

Ini je yang sempat snap. Masih segan-segan sebab tak berapa kenal lagi orang-orang di sini. In shaa Allah lepas ni kena lebih berani dan rileks.

Ouh ya. Tapi sempat juga selfie sendiri dalam kereta. Selfie dalam hujan lebat pula tu. Lantaklah. Janji dah pandai bergaya lilit-lilit dengan tudung fevret The Bubblepearl ni ha. Yeay!

OOTD untuk Mesyuarat Agung PIBG SMKAL 2017. Diserikan lagi dengan kesan rintik-rintik hujan. Haha

Mesyuarat habis dalam pukul 5pm. Dan Kak Bed boleh katakan majlis berjalan dengan sangat lancar.

Tahniah warga kerja untuk Mesyuarat Agung PIBG SMKAL kali ke-43! Kalian hebat!



You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO