Assalamualaikum kesayangan,
Tajuk entri kali ini macam tak sabar je nak raya. Nanti adalah yang pot pet cakap, puasa pun tak habis ganti lagi dah nak cakap pasal raya. Haha
Ramai yang tak cakna sebenarnya. Bila kita bercakap pasal raya, automatik akan ingat pasal ganti puasa. Tak banyak, sikit pasti terlintas pasal ganti puasa yang utama. Kan?
Baik ganti puasa atau nak glowing mowing di hari raya nanti, yang pasti sekarang ni dah kena mula.
Jangan sampai sebulan je lagi nak puasa kelam kelibut nak ganti puasa la, nak cari produk itu ini la. Last-last tak terbuat.
Lagi haru.
Bagi Kak Bed tak salah kita prepare awal-awal untuk bulan puasa dan raya nanti juga untuk bulan-bulan seterusnya. Nak cantik tak boleh buat separuh jalan je.
Betul ke betul ? Hihi
Jadinya Kak Bed nak kongsi la buat face mask guna tomato. Kalau rajin amalkan, in shaa Allah raya nanti dah glowing mowing. Hehe
Petua ini Kak Bed sesuaikan bahan campuran dia ikut jenis kulit wajah. Jadi boleh pilih nak buat yang mana satu ikut jenis kulit muka. Jangan pakai taram buat je ya.
Nak tau korang ada jenis kulit yang macamana, boleh KLIK DI SINI .
SKIN BRIGHTENING
SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT.
1) Dapatkan sebiji tomato dan blend kering/tumbuk/chopper
2) Tambahkan setengah sudu teh kunyit -jangan bubuh lebih
sebab kunyit ni panas.
3) Gaulkan
4) Sapu ke seluruh wajah - kalau ada face brush lebih
bagus.Kalau tiada gunalah 'finger brush' pun boleh.
5) Biarkan 10-20 minit dan bilas dengan air (jangan guna air
suam)
Nak lagi best,simpan tomato dalam peti ais 30 minit sebelum
blend.
SKIN RADIANCE
SESUAI UNTUK KULIT KERING SAHAJA
1) Dapatkan sebiji tomato dan blend kering/tumbuk/chopper
2) Tambahkan 2 sudu besar madu asli - gunakan sudu plastik
3) Gaulkan
4) Sapu ke seluruh wajah - kalau ada face brush lebih bagus.Kalau
tiada gunalah 'finger brush' pun boleh.
5) Biarkan 10-20 minit dan bilas dengan air (jangan guna air
suam)
Nak lagi best,simpan tomato dalam peti ais 30 minit sebelum
blend.
SKIN LIGHTENING
SESUAI UNTUK KULIT BERMINYAK SAHAJA.
1) Dapatkan sebiji tomato dan blend kering/tumbuk/chopper
2) Tambahkan 3 sudu besar perahan lemon
3) Gaulkan
4) Sapu ke seluruh wajah - kalau ada face brush lebih
bagus.Kalau tiada gunalah 'finger brush' pun boleh.
5) Biarkan 10-20 minit dan bilas dengan air (jangan guna air
suam)
Nak lagi best,simpan tomato dalam peti ais 30 minit sebelum
blend.
Satu pesanan Kak Bed. Gunakan sukatan yang disyorkan sahaja. Elakkan penambahan sebarang sukatan sebab nak cepat nampak hasil. Sakit kulit kang jangan cari Kak Bed ya. Hihi
Baik produk ataupun petua-petua kecantikan, kalau tidak ikut saranan yang diberikan dikhuatiri memberikan efek yang tidak baik untuk kulit.
Ikutlah saranan, kulit bahagia. Ecehh. Hihi
Go to go now. Semoga perkongsian hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua.
1 comments
Salam kenal Kak Bed. Macam best je masker tomato ni. Jenis yang nak cantik tapi nak jimat macam saya ni, sesuai sangat la ikut petua ni. Thanks share!
ReplyDelete