KOLEKSI KECANTIKAN

PETUA RAWAT STRESS CARA KAK BED

09:00




Assalamualaikum,

Hari ini Kak Bed nak compilekan petua yang Kak Bed pernah share di fesbuk.

Disebabkan kekangan masa yang terbatas ni, jadinya Kak Bed pakai copy and paste je di sini.

Status ni di muatnaik selepas final badminton Sukan Olimpik tahun lepas. DLCW kalah masa tu. Tapi kalah bermaruah la. Apa pun Kak Bed memang minat sukan!

Tak senang duduk setiap kali servis tau. Apatah lagi time 'semash'. Bergegar-gegar rumah sewa ni. Kayulah katakan. Haha

Okaylah, masa takdak sangat ni. Kejap lagi nak siapkan lunch untuk anak-anak.

Ini dia copy and paste dari status fesbuk bertarikh, 21 Ogos 2016:

[ PETUA RAWAT STRESS ]

Masih kecewa ?

Bukan senang nak kawal gemuruh bermain dengan jutaan harapan rakyat Malaysia terpaksa DLCW galas.

Dengan tenaga yang masih muda Chen Long, bukanlah senang.

Dahlah.

Baik pergi dapur, ambil kunyit setengah sudu teh, ambil serbuk kulit kayu manis 2 cubit pastu pergi dalam bilik ambil bedak sejuk banyak sikit.


Hasil campuran sebelum letak air. Yang letak air tak sempat snap sebab teruja nak pakai. Hihi

Campur air sedikit demi sedikit sampai bedak sejuk tu lembik molek dan bercampur sebati dengan kunyit dan kulit kayu manis tadi tu.

Sapu kat muka tebal-tebal. Guna tangan boleh, berus masker pun boleh.
Biar sampai kering.

Masa nak bilas, basahkan tangan dan basahkan masker tadi lalu gosok wajah untuk jadikan ia sebagai rutin skrub muka.

Bilas sampai bersih. Pakai toner dan pelembap lepas tu.
Kalau tiada toner sapu ais pun boleh.

Jangan buat hari-hari masker skrub ni. Cukup sekadar 2 kali seminggu.

*Untuk kulit kering, boleh campur sedikit mayonis bagi elakkan panasnya kunyit tu.

Dah cantik kan ? Suka ?


Kan dah tak stress tu. Hehehe

ps : Jangan risau pasal kunyit. Kunyit serbuk tak akan tinggalkan stain kat wajah. Senang je nak cuci dengan pencuci wajah nanti.

Salam sayang ,






You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO