Kulit adalah organ yang terbesar
dan terpenting manusia.
Bahagian yang paling di beri perhatian oleh wanita
adalah wajah. Maka tidak hairanlah kalau ada yang sanggup berhabis ribuan
ringgit untuk kelihatan cantik dan anggun.
Tips paling penting untuk memilih
produk kecantikan adalah kenali jenis kulit wajah terlebih dahulu.
3 SEBAB KENAPA PERLU KENALI JENIS KULIT WAJAH.
Untuk mendapatkan kulit yang
cantik, halus, gebu dan sihat kita perlu ketahui dahulu jenis kulit wajah supaya
memudahkan kita dalam memilih produk kecantikan dengan betul.
SEBAB 1
- Proses ini amat penting agar kita tidak silap memilih produk kecantikan dan seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan untuk kosmetik.
- Proses ini amat penting agar kita tidak silap memilih produk kecantikan dan seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan untuk kosmetik.
SEBAB 2
- Apabila kita sudah kenal akan jenis kulit wajah, maka ini akan melancarkan proses pencarian produk yang sesuai mengikut jenis kulit wajah dan kondisinya. Maka amat mudah bagi kita untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
- Apabila kita sudah kenal akan jenis kulit wajah, maka ini akan melancarkan proses pencarian produk yang sesuai mengikut jenis kulit wajah dan kondisinya. Maka amat mudah bagi kita untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
Mengenali dengan lebih terperinci
jenis kulit wajah ini akan menjadikan kita lebih arif dalam memilih produk
kecantikan dengan betul.
SEBAB 3
- Seterusnya dapat menjimatkan kos kerana dapat mengelakkan kerosakan kulit akibat pemakaian produk yang salah.
- Seterusnya dapat menjimatkan kos kerana dapat mengelakkan kerosakan kulit akibat pemakaian produk yang salah.
Kulit wajah mempunyai 4 jenis
yang utama,iaitu:
- KULIT NORMAL
- KULIT BERMINYAK
- KULIT KERING
- KULIT KOMBINASI
Kebolehan untuk mengenal pasti 4
jenis kulit wajah di atas dengan berkesan sangat membantu dalam proses
pemilihan produk kecantikan dengan betul.
Jenis kulit yang berbeza mempunyai
tekstur dan ciri-ciri yang berbeza. Rejimen penjagaan kulit dan juga pilihan penggunaan kosmetik juga adalah berbeza.
JENIS KULIT WAJAH
KULIT NORMAL
Kulit normal mempunyai
keseimbangan yang ideal antara tahap minyak dan penghidratan.
Kulit normal
sangat jarang boleh didapati terutama apabila meningkat dewasa. Faktor
persekitaran dan hormon boleh mengubah jenis kulit normal kepada jenis kulit
yang lain.
CIRI CIRI :
- Tidak terlalu berminyak atau kering.
- Liang roma yang hampir tidak kelihatan
- Tekstur kulit yang licin dan lembut.
- Tona kulit yang sangat bagus
- Solekan lebih tahan lama.
Produk yang sesuai: Pencuci jenis
gel atau susu boleh digunakan.Boleh amalkan penjagaan muka yang menjaga
kelembapan air dalam kulit. Penggunaan yang teratur boleh melambatkan proses
penuaan.
KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak adalah kerana
lebihan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum ( kilang minyak ). Kulit
berminyak cenderung untuk melawan proses penuaan dengan baik kerana menghalang
pembentukan kedutan kulit terutamanya.
CIRI CIRI :
- Liang pori yang besar.
- Kulit sedikit berkilat(shining) terutama waktu tengahari terutama di bahagian T-Zone dan U-Zone.
- Mudah terdedah kepada jerawat.
- Blackheads dan whitehead terutama kawasan hidung dan dagu juga pipi.
- Solekan tidak tahan lama.
- Tona kulit yang tidak sekata.
- Kulit sedikit kusam kerana lebihan sebum (minyak).
Produk yang sesuai: Pencuci jenis
gel. Toner jenis watery (air). Penggunaan pelembap haruslah yang boleh kontrol
pengeluaran sebum. Elakkan produk anti penuaan kerana tekstur produk tersebut
lebih pekat dan susah untuk meresap masuk ke dalam kulit dengan baik kerana
pengeluaran sebum yang aktif.
KULIT KERING
Kulit kering adalah keadaan kulit
yang sangat biasa yang berlaku pada semua peringkat umur. Biasanya, ia tidak
mewakili masalah yang serius tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi sukar untuk
dirawat.
CIRI CIRI :
- Liang pori yang hampir tidak kelihatan
- Bila menggunakan pencuci jenis gel,kulit akan merasa lebih ketat selepas pencucian.
- Mudah kelihatan garis-garis halus.
- Solekan boleh tahan lama.
- Mudah mendapat rengsaan (gatal,pedih dan kulit terluka) sekiranya salah pemakaian produk.
Produk yang sesuai : Pencuci
jenis susu/cream. Toner yang lebih bertekstur gel. Elakkan pemakaian pelembap
yang mempunyai fungsi untuk mengawal jerawat. Pelembap jenis ini akan mengawal
minyak dengan sangat baik. Sekiranya anda mempunyai kulit kering, harus elakkan
memakai pelembap jenis ini. Gunakan pelembap yang lebih krim teksturnya.
KULIT KOMBINASI
Terdapat 2 jenis kulit kombinasi
samada :
KOMBINASI SEDIKIT BERMINYAK –
lebihan sebum di T-Zone
KOMBINASI SEDIKIT KERING –
kekurangan sebum di T-Zone
CIRI CIRI :
- Liang pori sedikit besar,namun lebih kecil berbanding jenis kulit berminyak.
- Kadang kadang boleh terdapat masalah blackhead dan whitehead
- Sedikit berminyak di kawasan T-Zon
- Sedikit kering di kawasan pipi.
- Mudah terdedah dengan kemunculan garis-garis halus sekiranya tidak mengamalkan rejim penjagaan muka yang betul.
Produk yang sesuai : Pencuci
jenis gel @ susu. Pelembap muka pula, yang mempunyai fungsi mengawal kelembapan
air dalam kulit.
Setelah mengenali jenis kulit
wajah dengan betul, kita juga harus tahu apakah MASALAH KULIT yang kita hadapi
agar dapat membantu kita membuat pilihan dengan lebih tepat lagi.
Kak Bed harap dengan perkongsian
ini dapat sedikit membantu dalam memberi panduan bagaimana untuk mendapatkan
produk kecantikan yang betul dan memberi kesan yang optimum kepada kulit.
0 comments