KOLEKSI KECANTIKAN

TIPS BAGAIMANA NAK MEMILIH PEMBERSIH MUKA YANG SESUAI.

10:00





Kecantikan sebenar bermula apabila kita sendiri menghargai diri sendiri dengan mengetahui akan keperluan untuk kulit kekal sihat, segar, lembut dan halus.

Dalam rutin penjagaan kulit wajah, membersihkan muka adalah satu rutin yang wajib dilakukan.

Namun ramai wanita di luar sana ambil ringan dari segi aspek memilih pembersih muka yang sesuai.

BAGAIMANA MEMILIH PEMBERSIH MUKA YANG SESUAI?


Mari Kak Bed kongsi:

Sebelum memilih produk pembersih muka yang sesuai, elok kita perincikan apakah itu pembersih muka/Cleanser ini terlebih dahulu.

Pembersih muka adalah produk penjagaan muka yang digunakan untuk membuang mekap, sel-sel kulit mati, minyak, kotoran dan lain-lain jenis bahan pencemar yang melekat di kulit muka. Ini membantu untuk membuka liang pori bagi tujuan pembersihan secara intensif. Juga mencegah penyakit kulit seperti jerawat.

Pembersih muka WAJIB  digunakan sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit bersama-sama dengan penyegar dan pelembap.

Menggunakan pembersih muka jenis gel/susu untuk menghilangkan kotoran dianggap sebagai alternatif yang lebih baik berbanding sabun berbuku (bar soap). Ini kerana sabun berbuku sangat tinggi tahap alkalinya yang boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.

Pembersih muka diformulasikan berdasarkan variasi jenis kulit wajah juga. Banyak jenis pembersih muka di pasaran berdasarkan jenis kulit.

 KULIT BERMINYAK/KOMBINASI BERMINYAK 


Jenis kulit ini memerlukan pembersih muka jenis gel. 

Gel akan bertindak sebagai agen penghapus lebihan minyak di permukaan kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak harus ELAKKAN penggunaan pembersih muka jenis susu/cream. Ini kerana pembersih muka jenis ini akan meninggalkan kesan sedikit berminyak di permukaan bagi tujuan pelembapan.

Semestinya fungsi ini tidak sesuai bagi mereka yang kulit berminyak/kombinasi berminyak.

Oleh itu, elakkan penggunaan pembersih muka yang menumpukan kepada aspek anti-penuaan. Pembersih muka untuk fungsi ini biasanya dalam bentuk susu/krim. Tidak sesuai untuk kulit berminyak/kombinasi berminyak.

Namun, sekiranya anda seorang yang memakai mekap,anda boleh gunakan pembersih muka jenis susu/krim sebagai penanggal mekap. Kemudian perlu dicuci sekali lagi dengan pembersih muka jenis gel.

 KULIT KERING/KOMBINASI KERING 



Pembersih muka jenis susu/krim biasanya terlalu lembut untuk memberi kesan pada kulit berminyak atau normal, tetapi sangat berkesan dengan kulit kering/kombinasi kering.

Pastikan memilih pembersih muka yang bebas alkohol untuk digunakan pada kulit kering,  sensitif atau kulit yang terhidrat.

Elakkan juga pembersih muka yang mengandungi parfum/wangian kerana ia akan menyebabkan rengsaan dan alergik kepada kulit.

Pembersih muka untuk fungsi pemutihan/whitening juga tidak sesuai kerana ia akan membuang sel kulit mati dengan kuasa acidic.

Pemakaian berterusan akan menyebabkan kulit menjadi semakin kering dan nipis. Ini akan menyebabkan kulit terdedah dengan masalah kulit yang lain.


Selain memilih pembersih muka berdasarkan jenis kulit, kita juga boleh memilih jenis pembersih muka berdasarkan masalah kulit.

 KULIT BERJERAWAT 


Sekiranya anda mempunyai masalah kulit berjerawat, anda perlu memilih jenis gel. Pembersih muka jenis gel sangat bagus untuk membuang lebihan minyak di permukaan kulit.

Kulit akan lebih segar dan rasa lebih 'matte' serta tidak berminyak. Elakkan menggunakan pembersih muka jenis susu/krim.

Bagi kulit berjerawat, anda akan mendapati kulit akan lebih berminyak sekiranya menggunakan pembersih muka jenis susu/krim ini.


 KULIT SENSITIF (MUDAH MERAH,GATAL,PEDIH) 


Masalah kulit sebegini harus menggunakan pembersih muka jenis susu/krim supaya kulit lebih lembap.

Elakkan penggunaan pembersih muka jenis gel kerana ia akan membuatkan kulit menjadi kering seterusnya menimbulkan rengsaan pada kulit.

 MASALAH FINE LINES/KEDUTAN 


Harus menggunakan pembersih muka jenis susu/krim bagi memastikan kulit mendapat lembapan yang lebih.

Sangat tidak digalakkan menggunakan pembersih muka jenis gel. Ini akan membuatkan kulit bertambah kering dan akan menyebabkan masalah kedutan semakin serius.


Sama seperti Kak Bed dulu yang tak pernah tahu bagaimana cara memilih pembersih muka dengan betul. Terlalu terpengaruh dengan iklan sehinggakan memilih pembersih muka yang salah.

Rentetan itu, Kak Bed menghadapi masalah jerawat yang agak serius.

Setelah menghabiskan modul pembelajaran penjagaan muka dan urutan badan, maka dari situ Kak Bed mula memberikan perhatian yang serius dalam memilih pembersih muka yang betul.

Alhamdulillah,kini masalah jerawat dah tiada. Cuma tinggal bekas sahaja dan dalam proses untuk memperbaiki tekstur kulit pula.

Kak Bed harap perkongsian yang tak seberapa ni dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat di luar sana supaya dapat memilih pembersih muka yang sesuai dengan kalian.



You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO