KOLAGEN

6 SEBAB KENAPA SUPPLEMENT KOLAGEN SANGAT PENTING !

08:57



Assalamualaikum,

Dah lama Kak Bed tak bersiaran di sini. Sejak pindah Kelantan Sept 2016 yang lepas, aktiviti sedikit terbatas.

Di campur pula dengan mainan emosi kan. Mainan emosi you. Haha

Manakan tidak, hampir 18 tahun Kak Bed menetap di Selangor. Tup, tup, Encik asben pula ditugaskan ke outlet baru Aeon di Kota Bharu. Jadi kenalah ikut.

Susah pada mulanya nak adapt persekitaran di sini sebab tak biasa. Walhal parents pun dah 13 tahun menetap terus kat Kelantan ni. Anak-anak Kak Bed pun memang bersekolah kat Kelantan sejak 2010 lagi. Meroyan betul Kak Bed kan. Hihi

Bukan apa, di Selangor dulu Kak Bed boleh bergerak bebas tanpa masalah transportation. Walau tak pandai drive tapi punya banyak pilihan public transport. Mudah menyusun jadual ke sana sini.

Inilah yang sedikit susah bagi Kak Bed. Dah biasa bergerak aktif, tiba-tiba patah kaki! Bayangkanlah.

Hakikatnya selepas ini, Kak Bed kena facing my traumatic untuk belajar drive. Harus berani. In shaa Allah pasti boleh. Ecehh. Hihi

Okaylah. Dah melalut pasal personal pula.

Sebenarnya Kak Bed nak berkongsi sedikit pasal benefit of kolagen ni. Banyak pertanyaan daripada sahabat-sahabat dan juga seller-seller online berkenaan kolagen ini.

Dan kak Bed kongsikan di sini :

6 SEBAB KENAPA SUPPLEMEN KOLAGEN ITU SANGAT PENTING.


Kolagen adalah satu perkataan yang sangat sinonim dengan dunia kecantikan. Terdapat banyak produk di pasaran yang mengandungi kolagen sebagai bahan utama.

Namun, masih ramai yang tidak begitu mengetahui apakah sebenarnya kolagen dan bagaimana boleh membantu dalam penjagaan kecantikan juga kesihatan diri mereka.

Kolagen merupakan protein yang terkandung dalam tubuh badan. Kolagen terdapat di bahagian dermis kulit, otot, ligamen tendon, juga tulang.

Kolagen seumpama gam yang saling menyokong bahagian dalaman tubuh badan manusia.
Ia bersifat anjal dan berfungsi untuk menguatkan otot supaya kulit di bahagian luar lebih nampak tegang.

Seiring peningkatan usia, proses pengeluaran protein kolagen semakin berkurangan. Ini akan menyebabkan beberapa kesan penuaan terjadi.

Dan satu-satunya cara untuk mengembalikan keanjalan kolagen adalah dengan pengambilan supplemen kolagen kerana badan tidak lagi mampu menghasilkan kolagen yang mencukupi untuk badan.


Ada 6 sebab kenapa supplemen kolagen itu sangat penting.

Meh skrol infografik di bawah. 

























Ini 6 sebab kenapa supplement kolagen tu penting. Dan bagaimana pengambilan kolagen boleh memberi efek-efek tersebut?

Itu kita kena tahu bahan aktif apakah yang terkandung dalam sesuatu supplement yang boleh meransang kolagen dan bagaimana ia bekerja untuk kolagen tersebut.

Sekiranya kita tidak ambil pusing perkara ini, kita sendiri pun tidak akan nampak dan rasa keberkesanan produk tersebut kerana dalam minda kita kolagen ini adalah untuk putih je!

Betul ke betul ?

Jangan sorok-sorok jawapan eh. Kak Bed tahu tu. Hihi

Baiklah. Kak Bed rasa cukup setakat ini dulu perkongsian hari ini. In shaa Allah seandainya diberikan ruang waktu untuk berkongsi lagi, Kak Bed akan kongsikan apa sahaja yang Kak Bed tahu pasal dunia kecantikan hari ini ya.


Salam sayang,









You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO