KOLEKSI KECANTIKAN

CARA MUDAH & JIMAT BUANG WHITEHEAD

12:00





Assalamualaikum,

Segmen petua DIY kali ni sangat mudah. Bahan pun senang dapat.

Murah pun murah. 

Iyalah, semenjak Kak Bed dah pindah duk di kampung ni, kalau boleh semua benda nak jimat. Tapi dalam nak berjimat beli produk itu ini, masih juga nak cantik.

Jadi Kak Bed cari alternatif untuk save my budget. Bukan sahaja boleh save, malah boleh cantik juga.

But then kena ingat. Segala petua DIY yang kita nak amalkan, sebelum tu kita kena tahu jenis kulit dan masalah kulit apa yang kita ada. Kalau pakai taram je, pun tak menjadi juga. Silap-silap masalah lain pula timbul.

Nak tahu jenis kulit wajah ? Klik DI SINI

Jadi kita terus kepada petua DIY ya.

Petua DIY yang sememangnya mudah dan jimat untuk buang whitehead/blackhead di hidung dan seluruh wajah.

Bahan-bahan senang je dapat. Korek-korek kat gobok dapur dah jumpa.

Malas nak tulis panjang-panjang. Straight to the point.

Bahan -bahan : 

Soda Bikarbonat, Air

Tak mahal pun. RM 1.00 je. Hihi



Boleh guna apa sahaja jenama.



Tesktur soda ni halus tapi butirannya mampu membuang whitehead.


Cara - cara :

1) Basahkan wajah (Jangan basah sangat. Sikit je )

2) Ambil setengah sudu kecil soda bikarbonat dan gosok di tempat yang dikehendaki. Nak gosok 1 muka pun boleh !

3) Bilas dengan air.

Tadaa !

Kau tau tak dik, masa lepas bilas tu rasa muka licin sangat. Silap-silap ada bunyi macam orang cuci pinggan guna Axion tu!

Alah! Gurau pun tak boleh. Hehehe

Kalau rasa nak share result lepas cuba, komen sahaja di sini.

Mana la tau kot-kot Kak Bed rajin nak share bahan rahsia yang korang boleh guna dengan soda tu ikut jenis kulit korang pula.

Hidung model ini adalah sangat eksklusif ya. Hihi,



























You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO