Teks : Kak Bed
Imej : Koleksi Peribadi
Ilmu yang Kak Bed belajar ini sangat membantu Kak Bed sekarang walaupun bukan jenama produk sendiri.
( Bermula dahulu dengan produk orang sebelum memulakan langkah dengan jenama sendiri.Jangan mudah ikut trend walau anda banyak duit. Hehe )
Sebelum memulakan langkah WAJIB amalkan OMM.
Apa itu OMM?
O - OBJEKTIF
Apakah objektif kita dalam dunia perniagaan?Kita nak rakan rakan kita kenal kita seorang yang bagaimana?
Contoh; Ali nak orang kenal dia sebagai penebar roti canai juga seorang ayah yang penyayang.
Ali sudah ada OBJEKTIF.Sekarang dia harus tentukan M yang pertama.
M- MESEJ
Ali dah set objektif dia.Sekarang Ali harus menyampaikan MESEJ bahawa beliau adalah seorang penebar roti canai dan seorang ayah yang penyayang.
Ali cuma perlu bercerita mengenai pengalaman menebar roti canai,bagaimana menebar roti,dari mana belajar menebar dan juga bercerita mengenai anak-anak comel yang semakin membesar.
Dengan itu, Ali berjaya menyampaikan MESEJ kepada rakan rakannya.
Seterusnya Ali kena teruskan dengan M yang kedua.
M- MEDIUM
Ali perlu tentukan MEDIUM apakah yang beliau ingin gunakan untuk realisasikan objektif dan menyampaikan mesej yang telah dia rencanakan.
Banyak medium boleh Ali pilih.- Facebook/Instagram/Twitter/Blogspot/Wordpress
Pilih kesemua pun boleh kalau Ali mampu uruskannya.
Barulah orang akan kenal Ali sebagai penebar roti canai dan seorang ayah yang penyayang.
Kalau Ali menulis status yang bercampur seperti pasal memancing,suka main bola ke,maka rakan rakan maya Ali tidak akan mudah mengingati siapakah Ali.
Kerana terlalu banyak nama Ali mungkin dalam friendlist mereka.
Mudah kan?
Nampak mudah nak realisasikan tapi susah kalau tiada tindakan!
Jadi, relaks sebentar dan fikirkan siapakah kalian di mata rakan-rakan maya kalian.
Semoga perkongsian ini dapat membantu kalian dalam membina jenama diri.
dan juga bisnes.
Semoga terus maju jaya buat semua.
017-2015485 ( WhatsApp )
0 comments