Teks : Kak Bed
Imej : Google dan Canva editing
Seketul kiub ais setiap hari boleh melakukan keajaiban sebenar untuk kulit wajah anda!
Ratu Rusia Ekaterina II terkenal dengan menggosok mukanya, leher dan décollete ( bahagian dada - pangkal leher ) dengan kiub ais setiap pagi untuk mengekalkan kecantikannya dan menyegarkan kulit beliau.
FUNGSI TERAPI AIS
- Terapi kiub ais ini boleh membantu mengecilkan liang roma dan seterusnya dapat mengawal pengeluaran sebum dari dalam kulit. Oleh itu, terapi kiub ais ini boleh mengecutkan jerawat.
- Terapi kiub ais ini juga boleh mencegah pre-mature aging ( pra-matang penuaan ) seperti kedutan, kulit kusam dan tidak bermaya.
- Terapi kiub ais akan meningkatkan peredaran darah dalam kulit di mana akan memberikan kesegaran wajah yang maksimum.
credit to:thenewstrack |
Penggunaan terapi kiub ais setiap hari akan memberikan efek kulit wajah yang segar dan sihat berseri.
Walaupun tanpa mekap, anda akan kelihatan cantik dan jelita.
BAGAIMANA NAK SEDIAKAN KETULAN AIS?
Untuk menyediakan ketulan ais ini, Kak Bed cadangkan gunakan air mineral.
Jangan guna air paip.
Boleh dibuat dengan cara infusi dengan bahan-bahan herba lain yang sesuai dengan jenis kulit untuk rawatan.
Anda juga boleh memilih jenis buah buahan yang ingin digunakan agar dapat membantu kulit berasa lebih segar dan sihat terutama pada musim tengkujuh.
[ TERAPI KIUB AIS - KULIT BERMINYAK ]
Untuk kulit berminyak yang terdedah kepada jerawat, Kak Bed cadangkan untuk membekukan calendula, sage dan thyme.
[ TERAPI KIUB AIS - KULIT KERING ]
Jika anda mempunyai kulit kering anda mungkin mahu mencuba camomile kering, daun pasli, limau atau pudina segar.
CARA MELUMURKAN KETULAN AIS DI WAJAH.
- Lumurkan secara perlahan-lahan ke seluruh wajah,leher dan decollete sehingga kiub ais mencair habis.Lumuran secara lembut dan secara putaran.Jangan terlalu menekan kulit bagi mengelakkan kerosakan kapilari yang terdapat di bawah lapisan kulit.
- Elakkan melumurkan kawasan mata.Ini kerana kawasan mata adalah kawasan yang paling lembut dan sensitif.Ia perlu dirawat dengan penuh teliti.
- Biarkan ais mengering di muka.Tidak perlu lap.
- Apabila ia mengering secara semulajadi,dengan ini kulit akan mendapat manfaat yang maksimum daripada rawatan terapi kiub ais ini.
Kiub ais dari Aloe Vera.Credit to: wishesh,com |
Jika dahulu Kak Bed biasa menggunakan ketulan ais dari air mineral sahaja.
Namun kini ingin pula mencuba terapi kiub ais menggunakan herba herba dan buah buahan sayuran sebagai bahan utama dalam rawatan.
Selamat mencuba.
017-2015485 ( WhatsApp )
0 comments