Imej : Edit With Canva
Kerap kali Kak Bed berhadapan dengan pelanggan yang selalu komplen produk itu tak bagus, produk ini tak berkesan.
Apabila di soal kembali apakah hasil yang diinginkan selepas pemakaian, majoriti jawab nak cantik.
Inilah silapnya!
Sebelum membeli sebarang produk penjagaan wajah, sebagai pengguna kita juga harus ada sedikit ilmu berkenaan dunia kecantikan terutamanya perbezaan di antara jenis kulit dan masalah kulit.
Perkara ini adalah asasnya.
Kemudian barulah boleh membeli dengan bijak. Jangan ikut apa sahaja saranan yang diberikan pakar kecantikan tanpa mengetahui manfaat yang sebetulnya.
Di sini Kak Bed kongsi sedikit mengenai persediaan apakah yang perlu kalian tahu sebelum mencari produk penjagaan wajah yang betul.
1)
Apa sebenarnya yang kalian concern pasal kulit.
~ Kulit kusam ke, kulit berminyak ke, kulit rasa kering sangat
ke, kedutan ke, jerawat atau jeragat dan lain-lain.
2)
Apa result yang kalian nak daripada pemakaian produk.
~ Nak putih dalam seminggu ke (bahaya siapa nak result macam
ni. Overclaim), kurangkan minyak ke, nak bagi kulit lebih lembap dan
berseri, nak rawat pigmentasi ke, nak rawat jerawat
3) Periksa dahulu regimen penjagaan wajah yang tiada dalam simpanan
~ Skincare
rejimen harian mesti ada:
# Cleanser, toner, eye cream, serum, pelembap siang/malam
~Skincare
rejimen mingguan
# Scrub dan Mask - 1-2 kali seminggu penggunaan.Gunakan selepas mencuci
muka, sebelum penggunaan toner.
Bila sudah ada jawapan, maka bolehlah keluar mencari produk yang
sesuai.Panduan ini akan guide kita bagaimana cara memilih produk dan apakah produk yang perlu
sahaja.
Satu
pesan Kak Bed istimewa untuk mereka yang mempunyai kondisi kulit
berminyak.JANGAN letakkan CONCERN dan
RESULT untuk ANTI AGING.
Ini
kerana,bila kita mempunyai kulit berminyak,memang tidak sesuai untuk
kita mencari produk anti-aging sebab keadaan kulit dan kilang minyak
yang masih aktif pengeluaran sebum(minyak).
Nanti bila pakai, risiko JERAWAT akan keluar.Kemudian kita pun akan salahkan
produk tersebut tak bagus kan?
Tapi sebenarnya kita tidak memahami concern kondisi
kulit tapi lebih kepada concern apa yang fikiran kita nak.Itu yang bahaya.
Sebenarnya, perkongsian ini adalah asas sahaja. Perkara utama adalah kenali jenis kulit, masalah kulit juga struktur kulit.
Bagaimana struktur dan sel dalam kulit bertindak balas dengan produk penjagaan wajah itu adalah penting.
Supaya kita tahu setiap hasil yang kita dapat adalah tindak balas produk tersebut.
Semoga bermanfaat buat semua.
0 comments