Imej : Koleksi peribadi
"Wah,nampaknya honey moon la hari hari.Seronoknya".
Itu adalah ungkapan yang biasa Kak Bed dapat bila menjawab pertanyaan mengenai anak.
Ya.
Anak anak Kak Bed di bawah jagaan ibubapa Kak Bed nun jauh di Kelantan.Tidak terlintas untuk menambah beban Abah dan Ma yang semakin dimamah usia.
Namun pengalaman membuatkan Kak Bed dan suami terpaksa berkorban demi memastikan keselamatan mereka.
Hati ibubapa mana yang tidak sedih bilamana terpaksa berpisah dengan anak anak.Mereka membesar hanya sekali.Airmata menjadi peneman di kala merindui saat mereka membesar.
Biarlah mereka membesar bersama atuk dan nenek mereka.
Ya,ajal maut di tangan Allah.Siapa lah Kak Bed untuk mempertikaikannya.Namun cukuplah sekali kami kehilangan seorang puteri di bawah jagaan orang lain.Kak Bed tak sanggup lagi untuk kali kedua.
Setiap bulan kami balik kampung.Dan setiap kali itu jualah si abang akan bertanyakan bila lagi nak balik,walhal tak sampai sejam kami sampai.Hati ibu mana yang tak luluh.
Si bongsu pula,tiap kali kami pulang memang tak akan berenggang dengan Kak Bed.Usia sudah 4 tahun tapi masih nak beriba dan berdukung.
Sejak tahun lepas Kak Bed bertekad. Kak Bed bertekad untuk menjaga mereka sendiri. Walaupun Kak Bed sayangkan kerjaya Kak Bed, Kak Bed perlu berkorban demi anak anak.
Ma cakap "kalau nak bawa budak budak ni sekolah kat Klang,ma tak bagi orang jaga.Idah kena jaga sendiri.Kena berhenti tapi sayang pula kerja sekarang". - Demi anak anak Kak Bed perlu lakukan.
Kak Bed akan teruskan niat ini.Sebab itu dalam 4-5 bulan ini,Kak Bed gigih menimba sedikit ilmu agar dapat Kak Bed gunakan dalam bisnes yang akan datang.
Sebab itu juga Kak Bed menempatkan diri di kalangan mereka mereka yang berpengalaman dalam bisnes. Perasaan malu,takut semua Kak Bed buang jauh-jauh.
Walaupun majoriti mereka lebih muda dari Kak Bed, namun tiada apa yang perlu dimalukan dalam menuntut ilmu.
Semakin kita bersikap merendah diri,semakin banyak ilmu boleh kita dapat.In shaa Allah
Semoga segala urusan Kak Bed dan sahabat sahabat semua dipermudahkan.Aamin
p/s: Kak Bed berkongsi kisah pengorbanan Kak Bed kerana Kak Bed tahu bukan Kak Bed seorang yang mengalami situasi berjauhan dengan anak anak.Ramai lagi tapi dengan kondisi masalah yang berlainan.Sekurang kurangnya Kak Bed boleh memberi sedikit kekuatan untuk kita sama sama melakukan perubahan dalam hidup.Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat untuk kalian.
0 comments