BATU SEREMBAN

PERMAINAN TRADISIONAL

12:00


Teks : Kak Bed
Imej : Google dan Canva editing


Zaman kecil Kak Bed dulu kalau rasa bosan tak tahu nak buat apa, biasanya ada saja aktiviti indoor game yang Kak Bed main dengan sahabat-sahabat seasrama.
Dalam banyak banyak permainan waktu kecil dulu, Kak Bed paling minat main batu seremban.

Setiap orang biasanya ada 1 set batu seremban sendiri.Pilih yang bulat-bulat.
Malah sanggup kikis dulu batu tu nak jadikan bulat.Baru best nak lambung nanti. 1 set ada tujuh biji.
Cara main dia hanya lambungkan satu batu, kutip batu di lantai dan cepat cepat tangkap batu yang di lambung itu tadi.
Dah habis kutip, kita kena letak 7 biji batu tu dalam tapak tangan dan harus lambung semuanya dan cuba imbang berapa yang dapat dengan jari lepas tu kena lambung lagi dan tangkap secara cekup.
Kiraan itu dikira dengan operasi darab matematik. Operasi bahagi pun ada.
Biasanya pihak lawan akan menentukan bagaimana cara kutipan batu.
Bila dah capai mata 100, cara kutipan akan di tukar samada 3,2,1 atau 2,1,3 atau apa sahaja. Tterpulang pada pihak lawan.
Adakala permulaan permainan sehingga kiraan 100, kena main tangan kanan. Bila dah capai kiraan 100, kena tukar main tangan kiri. Tak pun kutip tangan kanan, tangkap tangan kiri.
Pendek kata kalau dah start main batu seremban ni, memang susah nak berhenti.
Permainan tradisional macam ni memang mengeratkan lagi silaturrahim dengan kawan-kawan.
Gelak tawa, gurau senda memang sentiasa dirindui sehingga kini.
Kak Bed paling suka peraturan permainan yang menetapkan siapa tulis tangan kanan,main tangan kiri. Siapa tulis tangan kiri, main tangan kanan. Haha
Pernah juga jadi isu bila Kak Bed menang game batu seremban sewaktu minggu sukan asrama dulu.
Sebabnya selepas diumumkan sebagai pemenang,baru pesaing lain tau walau Kak Bed tulis tangan kiri, tapi Kak Bed adalah right handed bila melakukan aktiviti lain.
Tapi peraturan awal hanya kata "Gunakan tangan yang bukan menulis!"
Bukan salah Kak Bed kan? Sebab Kak Bed seorang yang menurut perintah.
Haha.
Selamat bermain batu seremban.
017-2015485 ( WhatsApp )

You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO