Imej : Koleksi ABDR
"Jika
anda mahu ubah hidup anda serta tahap kewangan anda,kita perlu
tingkatkan tahap ILMU kita,tahap KUASA TINDAKAN kita
dan tahap PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH serta orang disekeliling
kita terutama ibubapa" - Dr Azizan Osman.
ILMU.
Kerana
dahagakan ilmu IT maka Kak Bed berada di sini - di kalangan rakan
rakan hebat ABDR. Sebenarnya
dah lama Kak Bed tahu kewujudan ABDR
(Akademi Bekerja Di Rumah) melalui
post post di facebook oleh Puan Masayu Ahmad.
Puan
Masayu Ahmad memang tersenarai dalam friendlist Kak Bed masa mula
mula Kak Bed ada facebook.Beliau merupakan rakan kepada bekas rakan
rakan satu sekolah dengan Kak Bed yang belajar di USM,Penang.
Pada
permulaan, Kak Bed tak memahami sangat apa yang diutarakan oleh beliau
tapi Kak Bed suka baca post post beliau.
Sehinggalah beliau menjadi
penulis dalam majalah Mingguan Wanita. Masa tu terlintas dalam fikiran
Kak Bed," bagus betul dia ni. Gigihnya dia ".
Tapi
cuma fikir saja tanpa sebarang tindakan susulan, sebab apa yang Kak
Bed faham ketika itu adalah artikel-artikel yang ditulis adalah untuk
surirumah sahaja.
Sampailah
satu saat di mana Kak Bed ternampak iklan di post beliau berkenaan
Kelas Instagram dan asas blog.
Kak
Bed tertarik dengan instagram sebab nak tahu macamana nak berniaga
melalui Insta masa tu.Lalu diperkenalkan kepada CikguZaila Mohamad yang
merangkap macam adik sudah lagaknya.
23
Mei 2015, kelas ditetapkan. Bukan senang nak cuti sebab Kak Bed kerja
retail.
Tapi atas kesungguhan untuk menuntut ilmu akhirnya dapat bersua muka
dengan cikgu Zaila ni.
Debaran
sesangat sebab tak tahu perwatakan beliau macamana. Kak Bed ini
dah la kurang ilmu IT. Macam mana la kalau tak dapat ikuti pembelajaran kelas ni
nanti. Risau yang amat sebenarnya.
Semua
debaran, takut, runsing habis hilang bila dalam kelas. Cikgu Zaila
bukanlah seperti guru displin macam di sekolah sekolah
itu.
Beliau banyak membimbing Kak bed dalam kelas dari
A-Z. Sangat penyabar orangnya walau Kak Bed banyak bertanya.
Banyak
perkara yang Kak bed tak tahu sebenarnya pasal blog.Sebelum ini asyik
google, belajar di youtube tapi susah benar nak faham. Bila bersemuka
macam ini, barulah Kak Bed 'ternganga' sekejap.
Boleh dikatakan 100%
persoalan pasal blog terutamanya terjawab. Manakala instagram pula tak
susah rupanya. Hanya kena rajin upload gambar saja.
Cikgu
Zaila juga guide Kak Bed apa sebenarnya perlu fokus untuk penulisan dalam
blog.
Beliau nampak post Kak Bed sebelum ini, dan terus suggest
fokus kepada kecantikan. Walhal masa tu Kak Bed memikirkan fokus yang
lain.
Tapi
memang benarlah cadangan Cikgu Zaila untuk memberikan fokus kepada
kecantikan sebab Kak Bed rasa lebih santai mencoret dalam blog
berbanding 'fokus' Kak bed yang satu itu.
Pendek
kata memang tak rugi sertai keluarga besar ABDR ni. Ada group coaching
lagi.Tak jemu jemu melayan Kak Bed siang dan malam, memang ada rasa
pertalian yang istimewa di situ.
Nak
sertai kelas samada offline dan online tak susah pun.Boleh hubungi
Puan Zaila Mohamad
di
facebook. Kreditkan nama Kak Bed ya.
0 comments